Sewa Bas Pekerja & Kilang



Comfort, Reliability, and Coverage Across Malaysia
Perkhidmatan Sewa Bas Pekerja & Kilang Termurah di KL, Kapar, Meru, Klang Selangor
Sedang mencari servis sewa bas kilang atau bas pekerja yang selesa dan menepati masa? Kami di New To View Travel & Tour Sdn Bhd menawarkan servis bas pengangkutan pekerja kilang di kawasan perindustrian utama seperti Klang, Kapar, Meru, Rawang, Shah Alam, Pulau Pinang dan Johor Bahru, malah di seluruh Malaysia dengan harga yang berpatutan.
Kami menyediakan bas pelbagai kapasiti untuk menghantar dan mengambil pekerja anda dari kilang ke asrama, hostel atau kawasan perumahan. Bas pekerja dan bas kilang kami amat fleksibel, dan beroperasi mengikut jadual anda termasuk kerja-kerja syif, lebihan masa dan juga waktu pejabat biasa, sekaligus menyelesaikan masalah pengangkutan terutama bagi pekerja-pekerja yang tinggal jauh dari tempat kerja mereka.
Kenapa Pilih New To View Travel & Tour untuk Sewa Bas Kilang?
- Kami menawarkan servis setiap hari (Isnin – Ahad), termasuk cuti umum jika perlu.
- Jadual perjalanan kami amat fleksibel, dan mengikut masa syif kilang (3-syif, 2-syif).
- Semua bas kilang kami berhawa dingin, bersih, dan diselenggara dengan baik.
- Keselesaan dan keselamatan penumpang diutamakan pada setiap masa.
- Pemandu kami amat berpengalaman dan berdisiplin bagi memastikan keselesaan dan keselamatan anda, dan amat komited terhadap ketepatan masa perjalanan.
- Kami menawarkan harga tetap bulanan yang berpatutan, di samping itu kami turut menyediakan khidmat sokongan kecemasan 24 jam.
Bas-bas Kilang Kami
Bas pengangkutan kilang New To View Travel & Tour memadankan permintaan anda mengikut kapasiti yang anda inginkan. Misalnya bas 25 seater (Mini Coach), bas 30–35 seater, bas 40–44 seater dan bas 45 seater VIP/Standard. Kawasan servis bas kilang kami merangkumi lokasi perindustrian setempat umpamanya servis sewa bas kilang Shah Alam, servis bas pekerja di Johor Bahru, sewa bas kilang Selangor serta kawasan perindustrian utama di seluruh Malaysia seperti yang disenaraikan di bawah.
- Kawasan Perindustrian Sungai Kapar Indah, Meru & Klang
- Kawasan Perindustrian Shah Alam
- Pelabuhan Klang
- Rawang
- Nilai dan Seremban
- Johor Bahru (Pasir Gudang)
- Pulau Pinang dan Kulim Hi-Tech
- Melaka
- Lain-lain kawasan perindustrian di seluruh Malaysia
Harga Sewa Bas Kilang Terkini
Kami menawarkan harga sewa bas kilang yang amat murah, berpatutan, dengan julat anggaran seperti berikut:
- 44 Seater (AC) : RM3,000 – RM6,500/bulan
- 44 Seater (Non-AC) : RM5,000 – RM9,000/bulan
- Harga bergantung pada lokasi, jadual, dan bilangan bas
Hubungi kami sekarang untuk mendapatkan sebutharga suai-padan mengikut jadual kilang anda.
Cara Tempah Sewa Bas Kilang
Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat tempahan:
- Hubungi kami melalui WhatsApp/Call
- Berikan lokasi, jadual dan jumlah pekerja
- Terima sebut harga rasmi
- Tandatangan kontrak
- Perkhidmatan bermula ikut jadual
Tempah Bas Kilang New To View Travel & Tour Sekarang – Call/WhatsApp +6010-5437500, atau hubungi kami secara atas talian atau melalui emel untuk sebarang pertanyaan. Duta-duta perkhidmatan pelanggan kami sentiasa bersedia membantu anda, untuk mendapatkan perkhidmatan sewaan bas kami dengan mudah dan penuh ketenangan fikiran.
FAQ (Soalan Lazim Popular) untuk Servis Sewa Bas Kilang
- Boleh sewa bas kilang untuk servis 3 syif sehari?
- Jawapan: Boleh, tidak ada masalah, kami sentiasa bersedia mengikut jadual anda.
- Apa jadi kalau bas rosak?
- Jawapan: Kami ada servis sokongan 24 jam, dan boleh menghantar bas gantian dengan kadar segera.
- Adakah harga termasuk tol dan minyak?
- Jawapan: Ya, harga kontrak termasuk tol dan minyak.
- Boleh buat kontrak untuk 1 bulan sahaja?
- Jawapan: Boleh, tempoh masa boleh dirunding dan harga yang berpatutan akan dikenakan.
| 1 Syif Sehari | 2 Syif Sehari | 3 Syif Sehari |
|---|---|---|
| RM 2000-5000 | RM 3000-6000 | RM 4000-7500 |
- Usage within the town (Example: Kuala Lumpur (KL) to Kuala Lumpur, Johor Bahru (JB) to Johor Bahru…)
- Price includes Fuel, Toll, Parking, Driver, and the Vehicle (Coach).
- Additional surcharges apply for midnight, Overtime and Waiting Hours.
- Prices and terms are subject to change without prior notice. Contact us for more information.
More Bus Rental
WHY BOOKING WITH US?
Ideal for vacations, events, and cross-state travel
Available daily, weekly, or monthly
24/7 customer support
Clean, well-maintained, and relaxing cabins
Covers KL, Selangor, Penang, Johor, Melaka, and more
See It Before You Ride
Take a look at our well-maintained buses. From the clean interiors to the modern exterior design, our fleet is designed for maximum comfort and visual appeal.








GET IN TOUCH
Meet Us
No. 5-1, Jalan KS7/Klang Sentral, Bukit Raja, Selangor Persiaran Klang Sentral 2/Ku5 Klang Sentral, Pekan Meru, 41050 Klang, Selangor
Email Us
newtoviewtravels@yahoo.com






